RAKYAT DAN TV...
"Orang Malaysia ni tahu makan, tengok TV, makan balik, tengok TV, sambil tengok TV, makan." jelas dari sudut hati seorang pak cik teksi. Tapi apa kan daya, suara dia tak sampai kepada seluruh masyarakat. Mungkin 0.02% je rakyat Malaysia ni yang dengar apa luahan pak cik ni. Itu pun bukan semua yang akan cuba nak mengolah.
Kalau penyokong Fulham di UK, diorang akan melanggan satu channel khas dekat rumah supaya diorang dapat tengok semua perlawanan melibatkan Fulham. Begitu juga penyokong Palermo di Italy. Diorang akan langgan satu channel khas untuk Palermo supaya kalau diorang miss pergi stadium, diorang tetap akan dapat tengok game melibatkan pasukan kesayangan diorang.
Tapi dekat Malaysia lain pulak cerita dia, orang Malaysia melanggan Astro untuk tengok bola sepak Eropah sebanyak yang mungkin. Jangan kata EPL, La Liga, Serie A, Bundesliga, Liga Brazil, MSL, Ligue 1 dan banyak lagi kita boleh tengok dengan hanya melanggan astro sahaja. Sampaikan keghairahan orang Malaysia tengok bola sepak Eropah menarik perhatian mat saleh dekat UK, pelik dengan taste orang Malaysia yang sangat tinggi bila nak tengok bola. Sehinggakan penulis dan ada satu media dekat UK yang buat wawancara tentang penyokong di Asia sempat bercakap tentang penyokong bola sepak di Malaysia.
"If you're in Kuala Lumpur, there isn't really anyone subscribing to Astro or ESPN to watch Bolton. The large majority are subscribing because they want to watch Liverpool, Man United, Chelsea and Arsenal." - Ian Ayre (Liverpool's Managing Director)
"What the football fan in KL wants?" - UK Media (Responding to Ian Ayre speech)
"Little wonder then, that in a nation that priorities football and food above all else, the staple TV dish for football fans is imported from Europe." - Gary Bowerman (Journalist)
Itu baru kata-kata media, kita belum tahu apa orang-orang UK cakap pasal kita. Betapa besarnya pengaruh astro sehinggakan bermula awal tahun 2000, anak-anak muda di Kuala Lumpur bersepah yang memperagakan jersey kelab Eropah masing-masing. Peniaga yang menjual jersey pasukan luar pun lagi kaya berbanding peniaga yang jual jersey tempatan. Dan kita patut simpati dengan ibu negara kita Kuala Lumpur yang merupakan sebuah petempatan maju tapi bola sepaknya seperti hidup segan mati tak mahu.
Peminat bola sepak Eropah dekat Malaysia ni terbahagi kepada dua. Yang pertama penyokong yang tengok TV sampai lebam dan yang kedua usahawan yang turut nak join sekaki. Sebelum Tony Fernandes menaja QPR yang jugak pernah menaja pengadil EPL, Genting Sdn. Bhd. dari awal lagi dah taja Aston Villa. Maybank pulak ambil kesempatan buat Visa Card dengan kerjasama saham Manchester United. Tak ketinggalan, Potato Crisps pun menggunakan pemain-pemain Man United sebagai duta diorang sampai buat pertandingan dan pemenang berpeluang melawat Old Trafford. Itu belum lagi cerita pasal Cardiff City dengan Norwich City. Paling stylo ada pulak satu iklan yang berangan-angan main di Manchester United sedangkan akademi bola sepak kita masih tunggang terbalik.
Jadi tidak hairanlah orang-orang Malaysia ni memang banyak knowledge pasal bola. Cakap je liga apa, semua boleh jawab. Mana taknya, orang Malaysia adalah peserta kedua paling ramai dalam dunia yang main Fantasy Premier League selepas orang UK. Kita jugak berbangga sebab usahawan-usahawan kita banyak harumkan nama negara dengan menaja pasukan-pasukan besar di Eropah dan kita harus berbangga sebab kita lagi arif dan lantang bila berbicara pasal EPL. Lagi hebat dari orang putih dekat sana. Berbanggalah jugak sebab page-page facebook dekat Malaysia, wartawan surat khabar dan majalah banyak memberi info bola sepak Eropah sehinggakan mat salleh pun dah mula like page orang Malaysia untuk dapatkan info yang lebih pantas.
Tapi sampai bila? sampai bila liga Malaysia nak duduk bawah bayang-bayang liga luar? sampai bila nak tunggu usahawan melabur dekat liga Malaysia? Nak jadi jaguh Asia Tenggara sampai bila? Liga kita Gred D sebab apa?
Bangun Malaysia bangun. Bangunlah. Jangan biar minda dipengaruh. Tak salah pun sebenarnya nak tengok bola sepak luar negara. Bukankah bola sepak itu Universal? penuh dengan cinta dan memori? bola sepak satu seni yang cukup indah.Satu seni indah yang digabung dengan cinta. Seni yang memerlukan cinta. Seni yang berkait rapat dengan cinta. Malaysia sebuah negara yang sayang dan cintakan seni ini. Tapi ramai yang memilih keindahan seni semata-mata sedangkan lupa untuk cinta pada kampung sendiri. Kampung yang kadang-kadang berseri, kadang-kadang hilang seni.
Wednesday, 11 September 2013

Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).
Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.
Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.
Nama penuh : Abdul Razak bin Dato’ Hussein
Tarikh Lahir : 11 Mac 1922
Tempat Lahir : Pulau Keladi, Pekan, Pahang.
Isteri : Tun Rahah bt Tan Sri Mohd Noah
Anak-anak : 1. Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Abdul Razak
2.Ahmad Johari bin Abdul Razak
3.Mohamed Nizam bin Abdul Razak
4.Mohamed Nazim bin Abdul Razak
5.Datuk Mohamed Nazir bin Abdul Razak
Pendidikan
• Sekolah Rendah : 1928 : Sekolah Melayu Langgar, Pekan.
• Sekolah Menengah : 26 Jun 1934 : Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCKK)
• Kolej : 1940 -Raffles College, Singapura
• Universiti : 1947- Melanjutkan pelajaran undang-undang di United
Kingdom
Kerjaya
1939 : MAS (Malay Administrative Service)
1949 : Devonshire Course at Cambridge
1949 : MCS (Malay Civil Service)
1950 : Di panggil ke English Bar setelah lulus peperiksaan akhir
1951 - 31 Januari 1954 :Dilantik secara tidak rasmi sebagai Ahli Majlis
Persekutuan.
1952 : Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan bergelar Orang Kaya
Indera Shahbandar(OKIS) dan membawa gelaran Dato’.
1955 : Dilantik sebagai Pemangku Menteri Besar Pahang
9 Ogos 1955 : Dilantik menjadi Menteri Pelajaran dalam kabinet yang diketuai oleh
Tunku Abdul Rahman.
1959 : Dilantik Perdana Menteri Kedua(Al marhum Tunku Abdul Rahman)
bersara sementara untuk berkempen Pilhan Raya Persekutuan.
1959 : Dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping
memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
1962 : Dilantik sebagai Timbalan Jawatankuasa Pembentukan Malaysia
(Inter-governmental Comitee on Formation of Malaysia)
1967-1969 : Ditambah dengan portfolio Keselamatan Dalam Negeri
16 Mei 1969: Dilantik Pengarah MAGERAN di bawah pemerintahan darurat selama 21
bulan hingga darurat ditarik balik dan Parlimen disambung semula pada
bulan 23 Februari 1971 selepas digantung bermula dari 14 Mei 1969
hingga 20 Januari 1971.
16 Mei 1969: Tun Razak juga telah memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan di
bawah Kabinet Darurat.
22 September 1970: Dilantik sebagai Perdana Menteri secara rasmi apabila Tunku
Abdul Rahman bersara. Di samping itu, Tun Razak juga memegang
jawatan sebagai Menteri Luar dan Menteri Pertahanan.
Pencapaian/Jasa
Pelajaran
1956 : Telah mengetuai Jawatankuasa Pendidikan dan menyediakan satu
penyata yang dipanggil Penyata Razak.
1956 : Dasar Pelajaran Kebangsaan telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu yang dipanggil Penyata Razak dan telah dikemas kini oleh
satu jawatankuasa yang diketuai oleh Menteri Pelajaran, En.Abdul
Rahman Talib.
1957 : Selepas merdeka, Dasar Pelajaran Kebangsaan telah menjadi landasan
Pendidikan dan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di semua
intitusi pendidikan.
Rukunegara yang dirumuskan pada tahun 1971 telah dijadikan falsafah hidup rakyat Malaysia.
Ekonomi
Di bawah Dasar Ekonomi Baru, Tun Razak telah melancarkan program Buku Hijau bagi menghasilkan barang-barang makanan yang diabaikan.
Di bawah Dasar Ekonomi Baru ini juga, pembukaan tanah, pembinaan rumah kos rendah dan perusahaan kecil telah menjadi sasaran utama. Agensi-agensi kerajaan diperkuat lagi seperti FELDA, RISDA DAN FELCRA termasuklah pembangunan-pembangunan Wilayah seperti DARA, Jengka,Kesedar dan Ketengah dan lain-lain.
Penubuhan Malaysia
Telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Cobold. Suruhanjaya ini ditubuhkan bagi meninjau pandangan rakyat di Sarawak dan Borneo Utara(Sabah) terhadap cadangan memasukkan negeri-negeri tersebut ke dalam Persekutuan Malaysia.
Politik
1950 – Dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO
1951- Timbalan Yang Dipertua UMNO
1970- Dilantik sebagai Presiden UMNO
1974- Memegang jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional
Anugerah/Pingat
Menerima Darjah Kehormat Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) dari Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman yang membawa gelaran ‘Tun’ di Istana Negara pada 7 Januari 1960.
Telah dianugerahkan oleh D.Y.M.M Sultan Kelantan dengan membawa gelaran “Seri Paduka Yang Kehormat” pada 18 Julai 1961.
Dianugerahkan oleh D.Y.M.M Raja Perlis dengan membawa gelaran ‘Seri Paduka Mahkota Perlis’ pada tahun 12 September 1965.
Dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah pada 1 Mei 1971 dengan membawa gelaran “Dato Sri Panglima Darjah Kinabalu”.
Pada 29 Mei 1973, beliau telah dianugerahkan Darjah Kerabat Sri Indra Mahkota Pahang (S.I.M.P.)
Pada 21 Oktober 1976, Dato’ Mohd Najib telah menerima anugerah Darjah Utama Sri Mahkota Negara (D.M.N) bagi pihak bapanya di Istana Negara. Anugerah yang disampaikan oleh D.Y.M.M Yang DiPertuan Agong Keenam ini merupakan darjah tertinggi kerana selalunya dikurniakan kepada Raja-raja sahaja tetapi pengurniaannya kepada Abdul Razak adalah mengenangkan jasa-jasa beliau terhadap negara.
Kematian
Pada hari Rabu bersamaan 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak telah meninggal dunia akibat penyakit leukemia di London. Beliau telah meninggal dunia pada umur 54 tahun. Beliau telah dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara bersebelahan makam sahabat karibnya, Tun Dr.Ismail bin Rahman pada 16 Januari 1976.
Sumber:
Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot - Zainuddin Maidin
Tun Razak Putera Titiwangsa - Shariff Ahmad
Tun Razak Profile of a Patriot - Zainuddin Maidin
Tun Razak Prince Of Titiwangsa - Shariff Ahmad
Tun Abdul Razak A Phenomenon in Malaysian Politics - Paridah Abd.Samad
Tradisi Kepimpinan Berjiwa Rakyat Tun Abdul Razak - Dharmala N.S
Subscribe to:
Posts (Atom)